Rasanya semua pun dah tahu yang hari Ahad ni 11hb adalah Hari IBU iaitu yang disambut pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei. Apa jua panggilan Ibu/mama/bonda/umi / mak dan lain-lain lagi, kita harus ingat pada jasa ibu kita, cuma bagi saya mengingati ibu bukanlah cukup hanya buat satu hari je, tapi selagi kita bernafas di dunia ni memang kita wajib ingat kat mak bapak kita ye. Sebabnya kalaupun mungkin kita kadang-kadang lupa “sekejap” kat ibu, ibu kita takkan pernah lupa walau sesaat pun pada anaknya. Teringat pad iklan susu tepung di TV tu: Ibu engkaulah ratu hatiku…
Sempena hari Ibu ni, saya memang tak sabar nak tengok slot cerekarama kat Tv3 hari Sabtu ni, 10hb coz ada cite best sempena hari Ibu, tajuknya DEMI MASA. Drama ni arahan sapa lagi kalau bukan buah tangan saudara Jinggo yang dilakonkan oleh Sheila Rusly sebagai salah sorang watak utamanya. Sinopsis cite ni kisahnya pasal seorang ibu tunggal yang sanggup berkorban apa saja demi kebahagiaan dan kejayaan anak lelaki kesayangannya. Tapi anaknya tidak mengenang jasa ibunya hanya kerana dirinya tidak sempurna, yang buta akibat kemalangan.
Tajuk drama ini diambil daripada Surah Al-Asr yang maksudnya Masa dan tentunya cite ni mengundang air mata dan meruntun perasaan penonton cite ni nanti. Dikatakan bahawa yang uniknya tentang skripnya adalah berdasarkan kepada syair Arab yang sangat memilukan dan mesej berguna yang cuba disampaikan kepada penonton . Pastinya menyedarkan kita supaya lebih menghargai pengorbanan yang telah dicurahkan oleh seorang insan yang bernama ibu. Semoga mesejnya dapat sampai kepada kita ye.
Renungkanlah Hadis ni: Rasulullah S.AW. dalam sebuah riwayat ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah S.AW. dan bertanya kepada baginda, “Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?” Jawab baginda, “Ibumu, kemudian Siapa? Ibumu, kemudian Siapa? ibumu, kemudian barulah bapamu dan selepas itu orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”.
Selamat Hari Ibu kepada ibu saya dan juga ibu-ibu diluar sana.


































Be The First To Comment
Related Post
Please Leave Your Comments Below