Minggu ni, saya lihat di akhbar banyak isu yang melibatkan Undang-undang Perlembagaan atau Perlembagaan Persekutuan(Federal Constitution) dan Perlembagaan negeri (State Constitution). Tapi saya bukanlah nak mengulas isu-isu tersebut termasuklah isu Menteri Besar Terengganu. Cuma yang apa bagusnya dari apa yang saya lihat dengan isu-isu ni, orang ramai dapat faham serba sedikit mengenai kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan kuasa Perlembagaan negeri dan ianya dapat diperhatikan bagaimana ia dijalankan.Mungkin sebelum ni, ianya satu topik atau subjek yang dilihat agak jauh dengan kita, tapi sekarang ianya kedengaran di mana-mana.
Walaupun dulu saya pernah diajar dengan subjek ini tetapi penggunaannya dapat difahami dengan jelas jika ianya berlaku di depan kita, apatah lagi selepas PRU 12 ni.
Saya juga menyokong penuh dengan cadangan agar Kerajaan memohon maaf kepada Tun Salleh Abas yang telah dipecat pada 1988 atau ianya dinamakan Krisis Kehakiman 1988. Saya juga tidak mahu mengulas lanjut tentang isu ini, anda boleh layari website Majlis Peguam jika ingin tahu lebih lanjut, http://www.malaysianbar.org.my


































Be The First To Comment
Related Post
Please Leave Your Comments Below