Akhbar semalam kebanyakkannya menulis di muka depan tentang forum awam bertajuk Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam di Kuala Lumpur, yang majlisnya bermula 8.45 pagi terpaksa ditamatkan 3 jam lebih awal kerana para penyokong pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam berdemonstrasi di luar bangunan Majlis Peguam di Jalan Lebuh Pasar Besar di ibu kota.

Sumber Berita Harian dan PPIM
Di bawah ini petikan kata-kata yang merujuk kepada Forum tersebut:
Tun Dr. Mahathir Mohamad:
Majlis Peguam telah mengetepikan perjanjian yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin terdahulu daripada pelbagai kaum supaya setiap perkara yang berkaitan dengan kaum dan agama perlu dibincang secara tertutup apabila menganjurkan Forum Memeluk Islam secara terbuka hari ini.
Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Pirdaus Ismail berkata:
Walau atas alasan apa sekali pun forum berkenaan diadakan kesabaran orang Islam tetap terusik. Tindakan Majlis Peguam merupakan pendekatan yang sama dengan usaha segelintir pihak yang suka mengganggu ketenteraman awam menerusi kenyataan sensitif, forum, penerbitan, laman web dan demonstrasi jalanan. Hal ini menunjukkan anasir luar sudah menyusup masuk untuk menggugat kestabilan dan keamanan negara.
Presiden Persatuan Peguam Syariah Malaysia (PGSM), Zainul Rijal Abu Bakar berkata:
Tindakan Majlis Peguam seolah-olah mencemar kehormatan Perlembagaan Persekutuan negara. Saya tidak menghalang usaha untuk berdialog, namun dialog anjuran Majlis Peguam seolah-olah prejudis, berat sebelah dan ada agenda tersembunyi. Mereka hanya memperjuangkan hak bukan Islam bagaimana dengan hak orang Islam. Tidak semua orang bukan Islam teraniaya seperti didakwa Majlis Peguam apabila pasangannya memeluk Islam ada yang mendapat pembelaan yang sewajarnya. Mengenai perbezaan bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Syariah, ia bukanlah satu kekurangan dalam perundangan Malaysia.
Mengenai hak ibu atau bapa bukan Islam yang membawa anak mereka memeluk Islam bersama-sama pula, beliau menjelaskan, Perlembagaan Persekutuan membenarkan salah seorang iaitu ibu atau bapa membawa anak kecil mereka mengikut agama mereka. Perlembagaan tidak menetapkan agama seseorang anak itu perlu ditentukan oleh kedua-duanya, tetapi salah seorang iaitu ibu atau bapa.
Oleh itu, dalam kes Subashini yang menjadi rujukan Majlis Peguam, tindakan bekas suaminya yang memeluk Islam bersama salah seorang anaknya yang berusia empat tahun adalah sah mengikut undang-undang.



































Be The First To Comment
Related Post
Please Leave Your Comments Below