Dah lama tak update blog saya ni, bulan April ni memang saya busy ckit, biasalah part time blogger katakan. Bulan April ni saya memang ada beberapa kes yang telah dijadualkan untuk Perbicaraan di mahkamah, jadi memang busy le kena siapkan hujah-hujah dalam mahkamah tu, termasuklah kena cari kes-kes berkaitan untuk sokong hujah saya tu. Bulan Mei ni kurang ckit nampaknya just kes-kes biasa je,cuma akhir bulan ni ada lagi rasanya, tadi baru tgk diari saya. Sejak pindah ke Perlis ni, Mahkamah yang saya biasa dan kena pergi selalu cuma Mahkamah di Kangar dan Mahkamah di Alor Star je, tak mcm kat KL dulu, hampir semua Mahkamah di KL dan Selangor kena pergi.
Saya juga busy dengan setup blog untuk BEDAYA iaitu Pertubuhan Bela Didik Anak-anak Yatim Islam Daerah Kulim dan Bandar Baharu.Ayah mentua saya(S/U BEDAYA ni) mintak tolong buatkan blog, jadi dengan skill dan ilmu yg tak seberapa ni, saya pun kata ok.
Ni kiranya social responsibility/tanggungjawab sosial saya le untuk masyarakat, mcm syarikat korporat lak ada CSR(customer social responsibilty). Blog ni masih dalam progress.
Ok, saya selalu gak tengok kerja tag-mengetag ni di blog-blog orang lain, tapi tak sangka lak ada orang nak tag, coz blog saya ni kira baru lagi. Anyway thanks to saudara komenebook.
Untuk Mengetag ni, ada beberapa syarat yang wajib dipatuhi:
- Bukan cerita rekaan dan tiada kena mengena dengan hidup orang lain.
- Perlu mengetag 5 lagi rakan blogger pilihan anda setelah anda di tag.
- Tempoh tag bermula hari ini dan berakhir 27 April 2008. tak boleh extend ke??
- Jawab dengan segera sekiranya anda di‘tag’
Disebabkan saya dah terlepas pandang tag yang ditujukan kat saya lebih kurang 8 hari, so syarat yang keempat tu saya amend le ckit kot. Dalam prinsip undang-undang, adakalanya undang-undang tu ada pengecualiannya dan juga ada budibicara (There is always an exception to the general rules and also discretion) Kiranya ni saya mulakan tag yang baru le kot ye.
Saya pun baru tau kerja tag-mengetag ni salah satu cara yg baik utk dapat backlink. Backlink ni kiranya dapat meningkat kan PR blog kita.
Jadi, 5 perkara pertama dalam hidup saya…check it out!
- Ni tag pertama saya terima di arena blog ni dan rasanya orang yang pertama sekali terlambat/ terlepas datelin/dateline dah expired
- Terlibat dan berminat dengan internet dan blog ni, sejak saya mula-mula join bisnes prepaid di Mymode dan Prepaid4u.net
- Kerja pertama saya adalah guru sandaran di sekolah menengah tempat saya study dulu di Perak. Masa tu tengah semester break, jadi daripada membuta je kat umah, baik cari duit dan pengalaman. Kena ajar subjek BI dan Sejarah.Fuhh mencabar gak nak ajar budak sekolah menengah ni.
- Pertama kali dapat surat cinta dari awek masa PMR dulu, tapi tak baca pun surat tu, terus buang ke sungai. Sebab tengah nak amik PMR, jadi saya pun kononnya nak belajar rajin-rajin le, tak nak terjebak dengan cintan-cintun ni, rasa macam nyesal pun ada tak baca langsung surat tu.
- Pertama kali kerja part time di kedai fotostat masa kat U dulu, barule tau penat gak keja nak siapkan order untuk fotostat ni.
So, saya nak kena tag lak 5 blogger lain, harap diaorang dapat jawab le, walaupun saya ni newbies lagi:
- abooain - Saya ada beli pakej Bonanza abooain, memang kira superb le pakej tu, kira rugi tul sapa tak beli.Saya memang minat pada design dan image ni, thanks sudi tengok blog saya.
- Reezluv- Blog yang memang bagus untuk belajar Phostoshop dan design best
- Ramzan- Saya dapati banyak tips perniagaan internet dan juga tips lain di blog beliau selari dengan cita-citanya nak jadi Raja Blog
- Lutfee- banyak tips komputer kat sini, thanks sudi jengah blog saya.
- Titaniumhijau- Orang terakhir tengok blog saya, saya pun tag dia le.Rasanya dia dah dua kali kena tag, so ni kali ketiga le.hehe



































Salam and hi hapizrajali.
Thanks for the tag tapi saya dah buat 5 tag nie and date pun dah abes
and how about the blog yang u buat? if there is anything i can help bagitau ye. Im willing to sponsor this blog hosting kalau belum ada.
Thanks
Ramzan Rajablog’s last blog post..Yahoo Answers Marketing