Perbualan Imam Al-Ghazali dengan Anak Muridnya, dimana Imam Al-Ghazali memberikan soalan kepada anak muridnya, kemudian dijawab oleh muridnya dan diberikan penjelasan oleh beliau jawapan yang sebenarnya.
- Apakah yang paling dekat dengan kamu, wahai anak muridku? Anak murid menjawab- Ibu bapa dan keluarga
- Imam Ghazali memberitahu-Betul tapi yang paling dekat dengan kamu adalah mati, sejauh mana kamu lari, kamu tetap tidak dapat dipisahkan dengan mati selagi kamu bernyawa
2. Apakah yang paling jauh dalam hidup?- Anak murid menjawab- Bulan dan bintang
Imam Ghazali memberitahu-Betul tapi yang sebenarnya adalah masa yang berlalu yang tidak akan dapat kamu kejar lagi. Sebelum masa berlalu, maka gunakanlah ia untuk kebaikan dan amanah yang telah diberikan.
3. Apakah yang paling ringan? - Anak murid menjawab- kapas dan kertas
Imam Ghazali memberitahu-Betul tapi yang sebenarnya adalah meninggalkan solat kerana orang itu tidak rasa bersalah meninggalkannya.
4. Apakah yang paling berat? - Anak murid menjawab- Besi dan batu
Imam Ghazali memberitahu-Betul tapi yang sebenarnya adalah amanah
5. Apakah yang paling tajam? - Anak murid menjawab- Pedang dan pisau
Imam Ghazali memberitahu-Betul tapi yang sebenarnya adalahlidah, maka kagalah lidah kerana kalau ianya
melukakan perasaan orang lain, dia tidak akan melupainya
6. Apakah yang paling besar? - Anak murid menjawab- Bumi dan matahari
Imam Ghazali memberitahu-Betul tapi yang sebenarnya adalah nafsu yang ianya sentiasa tidak dapat kamu penuhi
Jadi renungkanlah perbualan ini…



































Jawapan yang mantap daripada Imam Ghazali untuk murid2nya dan sekaligus sebagai panduan untuk kita sebagai generasi muda yg dipertanggungjawabkan amanah untuk mendidik generasi akan datang menjadi manusia yang sentiasa meletakkan Islam dalam segal hal.
Afzai Afandi’s last blog post..Payment From Freebies4Webmasters