Marhaban atau Selamat Datang bulan Ramadhan
Hari Ahad ni, 31hb Ogos, hari Merdeka 2008 yang bersamaan 29 Syaaban 1429 Hijrah adalah tarikh untuk melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan berpuasa bagi kita semua.
Jadi semoga kita semua dapat merebut dan berlumba-lumba meningkatkan ibadah dan pahala serta ganjaran yang Allah tawarkan buat kita khasnya di bulan Ramadhan ni.
Saya ingin berkongsi dengan anda semua beberapa perkara iaitu biasanya bagi yang bekerja di pejabat-pejabat, masa lunch mesti tak turun makan dan kita akan ambil masa untuk baca Al-Quran sebelum masuk waktu Zohor atau selepas Zohor, saya ingin beritahu anda satu website iaitu QuranExplorer.com yang memang boleh kita gunakan untuk membaca Al-Quran, memang bagus dan senang, sebijik macam real, di bawah ni hanya klik pada gambar ni:
dan juga ebook berkaitan dengan bulan Ramadhan serta Jadual Bulan posa ni untuk anda:
1) Ebook Risalah Ramadhan-klik kat sebelah
2) Ebook jadual Pengisian Ramadhan -ebook ni adalah jadual untuk kita atur masa kita beribadah bulan Ramadhan ni dari sebelum Subuh hinggalah sampai sahur
3) Jadual Puasa-puasa - dalam bentuk format excel
dan renungkanlah hadis ini:
Rasulllah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Di mana Allah mewajibkan kepada kamu berpuasa, kerana pada bulan Ramadan dibukakan semua pintu syurga, dikuncikan pintu-pintu neraka dan di belenggukan syaitan, dan juga terdapat suatu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan, barang siapa terlepas daripada mendapat kebajikan pada malam ini, bererti tertegahlah kepada segala bentuk kebaikan.”



































akan download. terima kasih kerana sharing.
ira’s last blog post..Bleach Episode 183