Hari Jumaat lalu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah memutuskan Singapura berhak ke atas Pulau Batu Putih, Malaysia pula mempunyai hak kedaulatan ke atas Middle Rocks (Terumbu Karang Tengah). Terumbu Karang Selatan (South Ledge) adalah milik negara di mana terletaknya perairan wilayah itu.
Keputusan atau penghakiman itu sekaligus menamatkan pertikaian dan penantian hampir 28 tahun berkenaan Pulau itu dan dua terumbu karang tersebut. Kedua-dua negara juga sudah akur akan menerima keputusan ICJ dan ianya juga adalah muktamad bermakna tidak boleh dirayu lagi.
Sepertimana yang disuarakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin, rakyat Johor akan berasa satu kehilangan Pulau Batu Putih yang dianggap sebahagian dari wilayah negeri itu. Saya berasa kita harus melihat apakah pengajaran dan iktibar yang harus negara kita ambil dari kes ini.
Dalam Mingguan Malaysia hari ini, yang ditulis oleh Noraini Abd Razak, saya suka dengan tulisan tersebut yang mengungkapkan bahawa kegagalan kita adalah berpunca daripada kurangnya penguatkuasaan oleh pihak berwajib di pulau itu untuk tempoh hampir 100 tahun dan bukannya disebabkan hujah yang lemah di ICJ. Penulis juga mengatakan bahawa jika Pulau Batu Putih boleh berkata-kata rajuknya kerana diabaikan sejak sekian lama sudah pasti tidak boleh dirawat. Bukan sahaja pemiliknya tiada minat untuk menjenguk, sebaik diserahkan untuk dibina rumah api di situ, ia juga dibiarkan untuk ditadbir oleh pihak lain yang kemudian mengambil kesempatan melakukan pelbagai aktiviti lain.
Selepas ini diharapkan negara kita lebih berhati-hati bagi memastikan kedaulatan wilayah negara ini kekal di bawah kekusaan Malaysia.
Kita juga tidak pulang dengan tangan kosong kerana Middle Rocks adalah hakmilik Malaysia yang mesti dilihat memberikan kebebasan kepada nelayan-nelayan di Johor yang sebelum ini dihalang dari mendekatinya. Kita bukanlah kehilangan segala-galanya malah keadaan kini adalah lebih baik daripada sebelumnya.


































Be The First To Comment
Related Post
Please Leave Your Comments Below