Pada 23hb Mei ini iaitu hari Jumaat kes pertikaian mengenai tuntutan bertindih Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura akan diputuskan dan RTM1 akan menyiarkannya secara langsung keputusan penghakiman dari The Hague, Belanda pada jam 4pm. Jika ada antara kita yang terlupa mengenai kes ini, saya imbas kembali di bawah ni secara kasarnya isu ini.
Dalam peta Malaysia yang terkini, ditunjukkan dengan jelas kedudukan Pulau Batu Putih (White Rock Island) dan pulau ini asalnya kelihatan berwarna putih kesan tompokan-tompokan najis burung- burung laut sebab itulah dinamakan Pulau Batu Putih. Ahli-ahli pelayaran Portugis pula memanggil pulau itu Pedra Branca dan nama itulah yang digunakan oleh Singapura hingga sekarang.![]()
Pulau ini adalah kosong tanpa hidupan dan tumbuhan, yang ada hanyalah rumah api di pulau tersebut. Keluasannya juga cuma seluas padang bola,tapi kedudukan pulau itu yang amat strategik menjadi penyebab pertikaian di antara Malaysia dan Singapura berhubung siapa pemiliknya. Kemudian, Malaysia dan Singapura mencapai persetujuan untuk mengemukakan tuntutan masing-masing ke atas Pulau Batu Putih kepada ICJ di The Hague dengan memeterai perjanjian mengenai perkara tersebut di Wisma Putra, Putrajaya pada 6 Februari 2003.
Menteri Luar bagi kedu-dua negara juga sudah memberikan persetujuan bhawa apa jua keputusan yang bakal diumumkan, maka keduanya akan menerima dengan hati yang terbuka. diharapkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura tetap kekal sepeti sekarang.
Apakah pentingnya Pulau Batu Putih ni kepada Malaysia?
Lokasi Batu Putih yang amat strategik untuk mengawal laluan keluar masuk ke selat Tebrau, Kepulauan Riau, dan Laut China Selatan. Lebih spesifik, dari kedudukan pulau tersebut, pemantauan 24 jam dapat dilakukan terhadap keluar masuk aset maritim termasuk juga aset Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dari KD Sultan Ismail atau Pangkalan TLDM Tanjung Pengelih. Malaysia juga boleh meletakkan peranti elektronik dan radar maritim yang berkuasa tinggi untuk melaksanakan “electronics intelligence” dari lokasi rumah api tersebut .
Kedudukannya amat strategik bagi kedua-dua negara kerana ia akan menjadi batu penanda wilayah marin kepada sempadan masing-masing. Sekiranya kes ini dimenangi oleh Singapura, keluasan perairannya akan memanjang sehingga ke Pulau Batu Putih. Hal ini pasti memberi kesan kepada industri maritim Malaysia termasuk para nelayan Johor Darul Takzim.
Delegasi kita yang telah mengemukakan hujah-hujah mereka di sana tetap optimis dengan keputusan yang dijangka akan berpihak kepada Malaysia. Kita juga berdoa semoga dengan keberkatan hari Jumaat di mana keuputusannya akan diumumkan agar kita akan memilik Pulau Batu Putih ini.


































Punca utama singapore mahukan pulau batu putih adalah untuk menambahkan keluasan negara dia yang sekankang kera itu. Penduduk mereka sudah terlalu ramai tapi dah tak ada tempat nak buat rumah. Saya tak heran kalau singapore dapat pulau batu putih dia akan menambun laut dikawasan tersebut untuk membesarkan negaranya. Minta-minta ianya tidak berlaku.
Singapore tidak rugi mempetikaikan kes ini. Sebabnya dia tidak rugi apa-apa. Kalau dia menang dia dapat meluaskan tanah jajahan dia. Kalau dia kalah, negara dia serupa juga. So apa yang dia rugi? nothing!!!