legal tips, mahkamah
Dapatkan Panduan Ftp Mudah Anda Sekarang
Powered by MaxBlogPress  

Blog Realiti Dunia Guaman: The Truth is Out There

Ujian Allah Pada Kita

Dua hari yang lepas saya baru sahaja menonton dvd Ayat-Ayat Cinta tapi bukan buat kali pertama tapi kali kedua bersama isteri sempena ‘marriage anniversary’ yang kedua. Tapi saya bukan nak kongsi camne kami menyambutnya tapi hasil tontonan kami pada filem Ayat-Ayat Cinta tu.ayat_ayat_cinta_posterpreview.jpg

Secara ringkas dan macam yang semua dah tau cite ni dihasilkan untuk menjawab filem Fitnaa yang dihasilkan oleh ahli politik Belanda yang menonjolkan kekejaman dan dakyah buruk tentang Islam. Cuma filem ini sedikit berbeza dengan versi dalam novel.
Saya tertarik pada babak di mana watak utama filem ini, Fahri berada di dalam penjara kerana dituduh merogol seorang perempuan bernama Noura. Fahri ketika di dalam penjara sering mempersolkan kenapa dia dipenjarakan dan dibalas seperti ini, ini kerana sebelum itu, sebenarnya Fahri telah menyelamatkan Noura dari cengkaman dan penderaan bapanya yang telah merogolnya. Tapi Noura yang cintanya telah ditolak terus menyalahkan Fahri dan mendakwanya telah merogolnya.

Babak ni, sebenarnya lebih kurang cite Nabi Yusof A.S, dalam filem ni, Fahri yang sering sahaja diminati oleh perempuan yang berada di sekelilingnya seperti Maria, Nurul, Noura dan termasuk perempuan yang dinikahinya Aisha.

Fahri yang merasakan dia adalah hamba Allah yang begitu baik dan sering menolong orang disekelilingya, jadi apabila Allah memberikannya ujian, dia tidak menyedarinya. Dialog dalam filem ni “Allah sedang berbicara denganmu Fahri.” “Allah sedang mengajarmu erti ikhlas dan sabar.” Dialog ini dilontarkan oleh rakan sepenjara Fahri yang sedang melihatnya solat tapi sering tidak khusyuk dan terganggu dengan apa yang menimpa dirinya.

Ya, kita sebagai manusia tidak dapat lari daripada diuji oleh Allah dan kita juga harus ingat ujian Allah datang dengan bermacam bentuk. Orang yang sering membuat dosa mungkin diberi ujian oleh Allah dengan musibah seperti sakit, kemiskinan dan sebagainya. Orang yang sering beribadat pula mungkin didatangkan dengan ujian seperti yang dialami oleh Fahri, dipenjarakan. Jadi jangan kita ingat walaupun kita sentiasa beribadat dan menjalankan perintah Allah, kita tidak akan diuji kerana Allah sebenarnya menguji keimanan kita dan iman kita akan bertambah jika kita berjaya mengharunginya tapi sebaliknya dosa yang akan kita himpun jika kita terus mempersoalkan dan menyalahkan Allah.ayat-ayatcintaw300h455.jpg

Sepatutnya kita redha dan berdoa kepada Allah semoga dengan ujian yang Allah datangkan kepada kita, kita dapat berjaya mengharunginya dan mengajar kita menjadi lebih patuh pada Allah. Firman Allah di dalam Surah Al-Imran, ayat 142 bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk Syurga,padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

Ya kita harus ingat bahawa ujian adalah guru yang berkesan untuk mengajar, mendidik dan menyedarkan kita daripada terus hanyut dalam dosa. Ujianlah yang harus kita tempuhi dengan penuh redha dan bersangka baik pada Allah kerana ianya tidak lain hanyalah untuk memantapkan iman kita pada Allah.

Bookmark here: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Technorati
  • del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Facebook
  • Spurl
  • Mixx
  • Google
  • YahooMyWeb
  • Furl
  • blogmarks
  • Live
  • aitu ms raya ada kuar. tapi xsempak nak tengok. Baru tengok preview aje pun aq tengok da teringin nak tengok….yang penting pelakonnya cun2…

  • Hehe memang cun bro, mesejnya pun cun gak tau,tengok jangan tak tengok

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.