legal tips, mahkamah
Dapatkan Panduan Ftp Mudah Anda Sekarang
Powered by MaxBlogPress  

Blog Realiti Dunia Guaman: The Truth is Out There

Ada Apa dengan Hakcipta?

Mungkin ada yang tahu mengenai hakcipta dan mungkin juga ada yang tak tahu. Secara amnya hakcipta adalah hak eksklusif yang diberikan kepada pemilik karya dalam tempoh yang tertentu. Hakcipta di Malaysia adalah dilindungi di bawah Akta Hakcipta 1987.copyright.gif

Ramai juga yang keliru dengan undang-undang hakcipta di Malaysia dengan negara lain seperti Amerika Syarikat, kerana ramai yang menyangka atau menganggap hakcipta perlu didaftarkan di Malaysia sama macam kat USA. Sebenarnya di Malaysia, tidak ada sistem pendaftaran hakcipta, saya ulangi tidak ada, yang ada hanyalah untuk pendaftaran Trademark atau Cap dagangan.

Hakcipta sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik sebaik sahaja ia memenuhi atau layak mengikut syarat-syarat di bawah ni:

  1. Usaha telah dibuat dengan mencukupi untuk menjadikan bahwa ianya adalah karya yang bersifat asli
  2. Karya tersebut hendaklah dizahirkan seperti ditulis, direkodkan atau dijadikan dalam bentuk bahan
  3. Karya itu hendaklah dibuat atau diterbitkan di Malaysia

Karya-karya yang layak diberikan perlindungan hakcipta adalah seperti:

  1. Karya Sastera
  2. Karya Muzik
  3. Karya Seni
  4. Filem
  5. Rakaman bunyi
  6. Siaran
  7. Karya terbitan

images.jpg

taken from: www.smashingmagazine.com/images/copyright/

Soalan yang saya ingin tanyakan pada anda semua camner lak dengan Ebook atau buku digital yang banyak kita tengok kat internet sekarang ni, adakah dilindungi di bawah hakcipta?

Bookmark here: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Technorati
  • del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Facebook
  • Spurl
  • Mixx
  • Google
  • YahooMyWeb
  • Furl
  • blogmarks
  • Live
  • hakcipta sgt pnting utk melindungi karya atau hasil kerja seseorang daripada ditiru oleh pihak lain.namun kesedaran masyarakat msia thadap perkara ini masih rendah terutama pengguna.thkns for this post.

    amirulcyber’s last blog post..Guys,I Want Ask You Something-Part 2

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.