legal tips, mahkamah
Dapatkan Panduan Ftp Mudah Anda Sekarang
Powered by MaxBlogPress  

Blog Realiti Dunia Guaman: The Truth is Out There

Tips Hadir ke Mahkamah

Post pertama saya ni, saya akan kongsikan dengan anda pengalaman saya ketika melihat ragam dan gelagat orang ramai ketika mereka datang atau hadir ke Mahkamah. Yelah, ada yang datang awal pagi lagi, ada juga yang datang setelah kesnya dipanggil dan ada juga yang tak datang langsung! Ye mungkin ada di antara anda yang pernah pergi ke Mahkamah, mungkin kes kena saman polis. Kes kena saman dengan polis ni memang dah biasa bagi kita dan memang ramai yang kena jika dilihat di Mahkamah. Mungkin ada juga yang baru saje dapat surat daripada firma guaman untuk anda datang ke Mahkamah berkenaan kes bank. Ni hanya sebagai contoh sahaja, mungkin ada lagi kes-kes yang berkaitan benda lain.

court-pic.jpg

Okelah, saya terus pergi pada tips-tips penting kalau anda dipanggil ke Mahkamah(kes berkaitan bank sahaja):

  1. Pakaian Anda- Umumnya pakaian yang harus dipakai adalah kemas dan sopan sahaja, tidak semestinya smart gler dan ada tali leher. Jeans adalah dilarang samasekali, selipar jepun atau selipar biasa memang tak boleh. Seluar pendek dan bagi perempuan pulak, janganlah terlalu seksi, contohnya skirt atas lutut ke. Semua ni contoh yang saya nyatakan jika anda tidak mahu dimarahi oleh Mahkamah ataupun mungkin boleh dihalau keluar.
  2. Masa- biasanya dalam surat yang anda terima tu, akan ditulis tempat dan waktunya, biasanya jam 9.00pagi. Jadi faham-faham sendirilahlah ye datang on time atau seeloknya lebih awal. Sebabnya anda mungkin baru kali pertama ke Mahkamah tu, dah tentu tak tahu yang mana satu bilik bicara mahkamah yang anda nak masuk. Saya bagi contoh, kalau kat Kompleks Mahkamah KL di Jln Duta, bilik bicara untuk Mahkamah Majistret sahaja dah hampir 12 bilik. Takkan anda nak cari satu-satu bilik yang mana. Tips penting: Jangan malu untuk bertanya pada mana-mana peguam yang anda jumpa, mereka akan tunjukkan anda di mana.
  3. Bilik Bicara- Bila dah sampai di bilik bicara, saya nasihatkan anda check sekali lagi di papan notis di luar bili bicara tu, kat situ memang akan diletakkan senarai untuk kes-kes pada hari tu mengikut nombor kes. Contohnya 72-007-2008, nombor kes anda ni biasanya ada dalam surat tadi.Dah pastikan memang betul bilik bicara tadi, anda jangan hanya tunggu diluar sahaja, anda kena masuk ke dalam bilik bicara tu dan terus tunjukkan surat peguam yang anda dapat tu pada Jurubahasa Mahkamah. (anda mungkin bertanya sapa lak Jurubahasa ni) senang nak faham, macam kerani di dalam mahkamah la, mereka ni akan pakai kot atau blazer dalam mahkamah dan duduk di depan sekali mengadap anda. Ada juga yang saya lihat orang ramai yang dah masuk ke bilik bicara, hanya duduk terus di galeri awam tanpa bertanya pada mana-mana orang tentang kesnya. Jangan takut untuk bertanya, ianya bukan kesalahan. Kalau anda bernasib baik, ada juga Jurubahasa Mahkamah yang akan buat pengumuman dan bagitau sapa-sapa yang ada kes di mahkamah ni, sila datang ke depan. Apabila anda jumpa jurubahasa tadi, anda akan diminta keluarkan IC untuk pengesahan dan tanyakan jika peguam untuk kes itu ada di situ. Ini kerana mungkin peguam tersebut berada di bilik bicara yang lain, jadi anda kenalah tunggu dulu sebelum berjumpa dengannya.
  4. Masa bersidang- Biasanya tepat jam 9.00pagi, Majistret atau Hakim akan mulakan kes dan Jurubahasa akan memanggil kes-kes mengikut senarai nombor-nombor kes yang anda lihat di luar tadi. Apabila nombor kes dan nama anda dipanggil, terus berdiri dan datang ke depan, bukannya duduk membisu sahaja. Ini memang selalu terjadi saya lihat. Jika peguam kes tersebut ada pada ketika itu, kes anda akan didengar atau disebut terus. Ini kerana kalau peguamnya tidak ada, Mahkamah akan tangguhkan dulu kes itu (di sebut “stand down”) sementara menunggu peguam tersebut datang. Biasanya kes-kes di Mahkamah akan dipanggil 2X, maknanya ada 2 round untuk kes dipanggil,jika pihak-pihak masih belum hadir.

Anda akan ditanya oleh Jurubahasa tadi beberapa soalan biasa sepeti berikut:

  1. Adakah anda telah menerima Saman daripada peguam? anda hanya perlu jawab dah terima atau belum terima (kerana ada juga yang jawab belum terima, tapi yang peliknya kalau tak terima, camner tau ada kes)
  2. Anda dah baca dan faham Saman tersebut, seperti berapa jumlah yang dituntut (hutang anda)? Jika anda dah faham dan setuju, jawablah ye, Tapi kalau anda ingin membela diri atau mahu menafikan tuntutan tersebut, anda kenalah bagitau pada mahkamah, bahawa anda mempertikaikan dan mahu membela diri.

Jika anda anda setuju, maka Penghakiman Persetujuan akan direkodkan oleh Mahkamah, jika anda mahu membela diri atau melantik peguam, maka satu tarikh sebutan kes yang baru akan diberikan.

Bookmark here: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Technorati
  • del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Facebook
  • Spurl
  • Mixx
  • Google
  • YahooMyWeb
  • Furl
  • blogmarks
  • Live
  • Bisnes mudah hanya klik tukar kepada wang lumayan

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.