Seminar Jana Wang dengan Menulis
Semasa saya hendak menulis di post ini, saya terfikir disebabkan kesibukan saya yang sering menyebabkan saya jarang menulis update di blog ni,jadi saya buatkan satu kategori baru iaitu update hujung minggu yang mana saya akan kumpulkan segala update dan yang berlaku untuk satu minggu di hujung minggu, mungkin pada hari Sabtu atau Ahad.
Update hujung minggu ni:
Saya baru je balik dari menyertai satu seminar iaitu Seminar Jana Wang dengan Menulis yang dianjurkan oleh syarikat Fauzul Na`im Sdn Bhd yang dianjurkan sendiri oleh pengarahnya sendiri iaitu En. Fauzul Naim Ishak dan beliau juga adalah Pengurus Besar penerbitan kumpulan di syarikat PTS. Kat bawah ni gambar di sekitar seminar ni: .jpg)
(di Sebelah kiri tu le En. Fauzul, sebelah kanan tu yang empunya blog ni le)
Salah satu daripada kata-kata En. Fauzul yang saya tetap akan ingat dan membuatkan saya menyahut cabaran beliau untuk menghasilkan sebuah buku selepas ini yang mengatakan menulis buku boleh diumpamakan sebagai satu jihad sepertimana yang telah lama dibuat oleh para ilmuwan Islam pada masa dahulu seperti Imam Al-Ghazali contohnya, kerana dengan adanya buku itulah ilmu penulisnya akan berkembang dan disebarkan kepada orang lain. Ini juga selari dengan maksud sebuah Hadis yang sering kita dengar dan ketahui iaitu salah satu daripada 3 perkara yang akan mengikut orang yang telah mati adalah ilmu yang memberikan manfaat kepada orang lain. Jadi dengan adanya buku, ilmu si penulis itu dapat diwariskan dan digunakan oleh orang lain.
So, sesapa yang nak join seminar ni, memang amat digalakkan, seminar ini adalah yang pertama seumpamanya diadakan, saya percaya ianya akan diadakan lagi, anda boleh layari di laman web Akademi Penulis di sini.
Update yang lain adalah:
Parti PAS telah memenangi pilihanraya di Kuala Terengganu.
Debaran Anugerah Juara Lagu atau AJL telah habis dengan kumpulan Meet Uncle Hussain ,sebuah band indie atau independent telah dinobatkan sebagai Juara Lagu .
Rejim Zionis dikatakan bersedia untuk mengadakan gencatan senjata, setelah hampir seribu lebih rakyat Palestin mati dan 400 daripadanya adalah kanak-kanak, tetapi ianya masih diragui kebenaranya yang tentera mereka akan berundur dari Gaza.













This is an example of a WordPress page, you could edit this to put information about yourself or your site so readers know where you are coming from.

Rizal KomenEbook
25 Jan, 2009
Salam, semoga sihat
1.Saya menunggu hasil tulisan tangan bro…harapnya dapat berikan manfaat kepada saya…insya’ Allah
2. BN kalah sebab letak calon yang memang TAK MESRA rakyat, TAK SUKA bergaul, hari awal2 penamaan calon lagi, ramai dah cakap kalah..dan terbukti kebenarannya
3. vokalis group tu memang padu suaranya
4.YAHUDI memang Laknatullah..sejarah mereka pun suka bunuh Nabi dan Rasul..ini kan pula “goyem” yang biasa.
Rizal KomenEbook’s last blog post..Salam ‘Aidiladha, Hari Kemuliaan, Satu Pengorbanan
Melvin
3 Feb, 2009
Bila seminar itu akan diadakan lagi?
admin
11 Feb, 2009
Tak pasti lagi bile melvin, tapi memang ada 2nd seminar
Mazri
18 Mar, 2009
Saya minat sangat dengan cara buat duit di internet ni.
http://notobn.blogspot.com
Mazri’s last blog post..Datuk Nik Aziz selamat datang ke dunia blogger
fadily
23 Apr, 2009
congrats abu…semoga terus berjaya
zakri
29 May, 2009
Bro,
lama tak update post ya. sibuk kan. Sama la kau pun kekadang miss gak post. Aritu blog ilang kejap. alih2, 2 hari lepas PR update aku punya jadi PR: n./a . hahaha
zuwairiaiman
14 Dec, 2009
menulis blog pun dapat duit.. ruginye xdpt folow